Posts

Showing posts from 2017

Natural Beauty

Image
Photo Credit:  thinglink.com Hi, guys! Uolls cantik-cantik ni pakai skincare ape? Mesti mahal-mahalkan.  Apa skincare yang top menjadi pilihan ramai hari ini ye?  Cetaphil ? Clinique? Sejujurnya, perempuan ada pelbagai jenis cleansing, scrub, serum, moisturizer, toner dll. Huh, byk taw, tu baru sentuh pasal skincare belum lagi bab kosmetik. Hehe. bab kosmetik. Hehe. I ni jenis mula-mula je ikut steps, pastu x tetap da. Kadang malas, kadang sibuk tu la ! Haha.  Kita perempuan ni, selain menjaga aspek penjagaan wajah. Untuk mengekalkan keseimbangan yang betul, kenalah rajin juga bersenam, senam ringkas pn da memadai, xdapat selalu, sekali semnggu xpe, dan yang pasti jangan tidak buat langsung taw. Baru la sihat kulit kita, Hehe. Selain tu, mental pun kena kawal, bykan minum air masak dan bykan makan maknan yang bervitamin sperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Kadang kita juga perlu ke spa, untuk relaxing time. Seterusnya, dan yang lagi afdal dengan berdzikir dan ber

Emosi: Tekanan dan Depresi

Image
Photo Credit:  Hafiz Emosi ialah : 1. perasaan jiwa (batin) yg kuat spt sedih, marah. 2. keadaan perasan atau fikiran yg terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pd seseorang. beremosi dgn emosi; emosional: Penceramah begitu ~ dlm menyuarakan pendapatnya.  Sumber: (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Setiap orang berpotensi mengalami gangguan/kecelaruan perasaan atau emosi. Tiap sejauh manakah tahap emosi  kita? Emosi yang tidak terkawal boleh memudaratkan fizikal dan mental seseorang. Secara amnya, perubahan sosial/hidup hari ini telah banyak menyumbang kepada wujudnya peningkatan masalah  kesihatan dan gangguan psikologi/mental. Kadang kala sifat atau sikap kita ni yang memainkan emosi kita sendiri atau orang/suasana sekeliling dan persekitaran. Selain itu, perasaan kita yang tidak menentu pun turut sama tergolong. Antara lelaki dan perempuan yang mana lebih beremosi. Semestinya perempuan kan. Ye la tonton drama, emosi ! orang x faham dia, emosi! P

Ketagih

Image
Astaghfirullah hal 'azim, Astaghfirullah hal 'azim. Astaghfirullah hal 'azim . Terlalu banyak masa yang telah dibuang dengan menghadap gajet tersebut sehingga mengabaikan tanggungjawab dan kewajiban kita yang sebenar. Allah S.W.T telah bersumpah dalam  Surah Al-`Asr, ayat  1-3: Maksudnya: “Demi Masa!” {1} “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian” {2} “Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”  Kepesatan dunia hari ini telah mempengaruhi dan mengubah gaya hidup, pelbagai perkembangan teknologi yang lebih canggih dengan berbagai aneka bentuk, jenama dan ciri-ciri serta perisian yang menarik didalamnya seterusnya ini akan membuat sesiapa menjadi tertarik tanpa mengira golongan. Seterusnya, secara tak diduga alat ini telah menyerang akal kita, namun tersangat sayang kita telah tunduk padanya dan telah jauh dari agama Islam yang sebenar serta jauh dari berzikir atau berdo

Bulan Mulia

Image
Photo Credit:  Talk to Islam ) Puasa di bulan Ramadan merupakan Rukun Islam yang ke 3. Ia merupakan antara kewajiban yang Allah Subhanahu wa Ta'ala wajibkan bagi setiap yang bergelar Muslim  yang telah ‘aqil baligh dan berakal sihat. Maka sebaliknya, ia tidak wajib bagi orang kafir dan tidak akan diterima sebarang  ganjaran pahala jika ada yang mengerjakannya sampai mereka masuk Islam serta bagi anak kecil sampai dia ‘aqil baligh. ‘ Sepertimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam Surah Al-Baqarah , 2:183 : Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa”. Seterusnya, kita beralih kepada pengertian puasa. Puasa dari segi bahasa bermaksud “ menahan diri “ manakala menurut istilah syara’ adalah menahan diri  dari segala sesuatu yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan disertai niat puasa dan syarat-sya

Bah: Banjir

Image
Apakah kejadian pada tarikh 26 Disember 2014 bakal berulang kembali? Sejujurnya apabila bencana banjir berlaku aku tiada pada kejadian jadi aku tidak tahu dan merasai sendiri suasana sebenar bagaimana seorang mangsa banjir itu hadapi saat itu. Kadang hanya dengan mendengar cerita dari saudara mara terdekat dan  orang awam. Kadang hanya membaca di medan akhbar. Justeru itu, aku dapat bayang suasana sukar mereka itu dalam menghadapinya dimana dengan anak kecil, barang-barangan dan harta benda dan sebagainya. Ini merupakan ujian dariNya , kita sebagai hamba sementara di atas muka bumi ini harus redha kerna dengan ini ia dapat mengingatkan kita kepada Pencipta Alam setelah lalai dengan kehidupan kita. Nenek aku pernah berkata bahawa kejadian banjir pada tahun 2014, ,merupakan kejadian kedua terbesar selepas tahun 19** ( lupa tahun bila . Kawasan rumah nenek ni dikira kawasan tinggi juga tapi disebabkan depan kebun ada kawasan berpaya maka air akan mudah naik, ia juga bergantung pad

Teman Hidup

Image
Assalamualaikum, guys. Alhamdulillah dengan nikmat kurnianNya bersua kita lagi pada hari ini. Setelah sekian lama tidak menulis di blog ini apatah melawatnya. Moga kalian berada dalam keadaan baik, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik olehNya. So , hari ini I akan menulis soal ‘teman hidup’. Ye la kan, bila umur sudah meningkat, bila fikiran ‘agak’ matang even masih kebudakkan lagi, pasti terselit untuk mencari teman hidup iaitu pasangan hidup tempat dimana kita bergaduh manja, bermanja-manja dan berkongsi cerita.  Namun , kita hendaklah mencari yang menentukan itu adalah Sang Pencipta kerna Dia tahu siapa pasangan hidup yang sesuai buat kita. Jika sudah jumpa, tahniah anda insan merupakan insan yang terpilih ! Ada orang berkawan terlalu lama, dari zaman sekolah lagi, tapi akhirnya x bersama, ada orang kenal beberapa hari , tapi akhirnya bersatu , ada orang x kenal pun, tapi akhirnya bersama, ada orang suka pada seseorang tapi akhirnya patah hati dan sebalik