Bah: Banjir
Apakah kejadian pada tarikh 26 Disember 2014 bakal berulang kembali? Sejujurnya apabila bencana banjir berlaku aku tiada pada kejadian jadi aku tidak tahu dan merasai sendiri suasana sebenar bagaimana seorang mangsa banjir itu hadapi saat itu. Kadang hanya dengan mendengar cerita dari saudara mara terdekat dan orang awam. Kadang hanya membaca di medan akhbar. Justeru itu, aku dapat bayang suasana sukar mereka itu dalam menghadapinya dimana dengan anak kecil, barang-barangan dan harta benda dan sebagainya. Ini merupakan ujian dariNya , kita sebagai hamba sementara di atas muka bumi ini harus redha kerna dengan ini ia dapat mengingatkan kita kepada Pencipta Alam setelah lalai dengan kehidupan kita. Nenek aku pernah berkata bahawa kejadian banjir pada tahun 2014, ,merupakan kejadian kedua terbesar selepas tahun 19** ( lupa tahun bila . Kawasan rumah nenek ni dikira kawasan tinggi juga tapi disebabkan depan kebun ada kawasan berpaya maka air akan mudah naik, ia juga bergantung pad