Posts

Showing posts from May, 2014

Hati

Image
Hati merupakan anugerah Allah. Dia bagi kita hati. Alhamdulillah dari situ kita ada perasaan.  Dan mujur lah Allah ciptakan manusia tu dengan  satu hatinya. Sebab apa dengan satu hati ni pun kita dah tak terjaga, jadi macam mana kalau kita punya banyak hati. Ya, hati memang susah untuk dijaga. Kita tak dapat nk kawal hati kita.  Segala apa isi hati kita bicara, barangkali selari dengan apa yang kita lakukan ,mungkin juga tidak. Ini kerana ada setitik dalam isi-isi hati itu ada yang tidak baik.  Walaupun hati ini banyak sangat buat dosa, Dia tetap hadirkan sekelumit rasa getaran itu tanda hati masih hidup, masih ada iman.   Moga Tuhan menjaga hati ini sebaiknya dari perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Kerna Dia satu-satunya Pemilik Hati i ni. Photo Credit:  AnimatedImages.org