Posts

Showing posts from 2018

Pantasnya Ia Pergi

Image
Jom kita baca artikel ini. Semoga kita peroleh manfaat dan pengajaran darinya.  https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180121/281887298725740 Allah SWT telah berfirman dalam surah al-ashr ayat 1-3, yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan kerugian (celaka), kecuali orang-orang yang beriman, beramal salih, saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran.”  Moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi. Perbaiki diri dan perbanyakkan amalan untuk menjadi orang yang lebih baik serta di terima olehNya. In sha Allah. Photo Credit :  wanzawawi[dot]net

Cantik Beracun

Image
Photo Credit :   Smart Detox            Cantik ? Ia merupakan fitrah semulajadi seseorang wanita mahupun lelaki adalah berkeinginan dan berkemahuan untuk kelihatan cantik serta segak.  Kecantikan bagi seseorang individu itu adalah personaliti , identiti dan penampilan. Pelbagai cara dan kaedah sehingga menghabiskan wang ringgit untuk ini.        Penulisan kali ini kita memfokuskan soal lambakan produk kecantikan di pasaran . Saban tahun, pasti ada produk yang dikeluarkan atau dipasarkan. Tapi sejauh manakah keberkesanan produk tersebut ? Misalnya kandungan, tahap kualiti, tarikh lupus dan cara pembuatan sesuatu produk itu. Adakah ia selamat digunakan atau sebaliknya.        Namun, lambakan produk kecantikan ini boleh mengundang masalah kepada keselamatan dan kesihatan kepada pengguna sekiranya tiada kawalan dan penguatkuasaan yang sebaiknya dari pihak berkuasa. Sebagai pengguna, kita juga perlu memperkemaskan dan mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan makluma