Cantik Beracun


Photo Credit : Smart Detox

     
     Cantik ? Ia merupakan fitrah semulajadi seseorang wanita mahupun lelaki adalah berkeinginan dan berkemahuan untuk kelihatan cantik serta segak. Kecantikan bagi seseorang individu itu adalah personaliti , identiti dan penampilan. Pelbagai cara dan kaedah sehingga menghabiskan wang ringgit untuk ini. 

     Penulisan kali ini kita memfokuskan soal lambakan produk kecantikan di pasaran . Saban tahun, pasti ada produk yang dikeluarkan atau dipasarkan. Tapi sejauh manakah keberkesanan produk tersebut ? Misalnya kandungan, tahap kualiti, tarikh lupus dan cara pembuatan sesuatu produk itu. Adakah ia selamat digunakan atau sebaliknya. 

     Namun, lambakan produk kecantikan ini boleh mengundang masalah kepada keselamatan dan kesihatan kepada pengguna sekiranya tiada kawalan dan penguatkuasaan yang sebaiknya dari pihak berkuasa. Sebagai pengguna, kita juga perlu memperkemaskan dan mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat yang berkaitan supaya produk yang diperoleh adalah selamat digunakan dan memberi hasil seperti yang diinginkan. Seterusnya, adalah lebih bijak untuk bertanya kepada mereka yang lebih pakar daripada mempercayai testimoni-testimoni yang 'fake'.

Ini amat bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surat At-Tin 95:4 yang bermaksud,


“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan kelengkapan sesuai dengan keadaannya).”

     Justeru itu, dalam keghairahan atau ketaksuban untuk tampil lebih cantik, kita seharusnya lebih berhati-hati dalam memilih produk yang sesuai. Jangan kita ambil mudah dan ringan dengan iklan-iklan yang disampaikan dalam pelbagai bentuk saluran media massa barangkali ia hanya kata-kata kosong umpama indah dari khabar  yang hanya menjanjikan keberkesanan produk mereka secara drastik dan berlebih-lebihan. Selain itu, kita perlu memeriksa kesahihan sesuatu informasi iklan tersebut dengan pihak yang sewajarnya untuk dapatkan maklumat yang secukupnya sebelum membuat keputusan untuk memilih produk yang tertentu.


Comments

Popular posts from this blog

Pantasnya Ia Pergi

Jodoh

Ketagih