Emosi: Tekanan dan Depresi


Photo Credit: Hafiz



Emosi ialah : 1. perasaan jiwa (batin) yg kuat spt sedih, marah. 2. keadaan perasan atau fikiran yg terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pd seseorang. beremosi dgn emosi; emosional: Penceramah begitu ~ dlm menyuarakan pendapatnya.

 Sumber: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Setiap orang berpotensi mengalami gangguan/kecelaruan perasaan atau emosi. Tiap sejauh manakah tahap emosi  kita? Emosi yang tidak terkawal boleh memudaratkan fizikal dan mental seseorang.
Secara amnya, perubahan sosial/hidup hari ini telah banyak menyumbang kepada wujudnya peningkatan masalah  kesihatan dan gangguan psikologi/mental.

Kadang kala sifat atau sikap kita ni yang memainkan emosi kita sendiri atau orang/suasana sekeliling dan persekitaran. Selain itu, perasaan kita yang tidak menentu pun turut sama tergolong.
Antara lelaki dan perempuan yang mana lebih beremosi. Semestinya perempuan kan. Ye la tonton drama, emosi ! orang x faham dia, emosi! PMS, ha lagi emosi! Dll. Tidak kurang juga lelaki, lelaki pn ada emosinya juga.

Seterusnya, beralih ke bab stres dan depresi. Ia berbeza.


Photo Credit: TEACH Magazine


Stress ialah: keadaan resah, cemas, tegang dsb akibat tekanan mental atau fizikal: Seseorang mungkin akan bergantung pd ubat tidur selagi ia risau dan ~ apabila masalahnya tidak dpt diselesaikan.

Sumber: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kita cuba untuk tidak meletakkan diri kita dalam keadaan tertekan. Ia datang tanpa diundang. Sebab kita x mengawalnya. Walaubagaimanapun, ia boleh mematangkan pemikiran yang pasti mencetus tindakan yang akan mewarnai kehidupan kita untuk dijadikan sebagai pengalaman. Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 155-156:

Maksudnya :

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Hakikatnya, tekanan merupakan lumrah dalam kehidupan seseorng manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat atau jika tidak ditangani dengan sebaik mungkin boleh memudaratkan. Ini semua bergantung kepada individu itu bagaimana penerimaannya.

Depresi/Murung ialah:  sedih, masyghul, pilu: sifat riang dapat berubah jadi ~ dgn tiba-tiba; bermurung berasa murung, berdukacita, bersedih: apabila kemarahannya tidak dapat diluahkan, dia ~ sepanjang hari; kemurungan 1. perihal murung, kemu­raman, kesuraman: kenangan itu menjadikan ~nya bertambah-tambah dan bibirnya bergetar-getar; 2. (Psi) keadaan apabila seseorang mengalami rasa kecewa dan putus asa yg diiringi dgn gejala spt sukar tidur, lembap berfikir, dan rasa bersalah yg keterlaluan yg tidak setimpal dgn kesalahan yg dilakukan.

Sumber:  (Kamus Dewan Edisi Keempat)



Photo Credit: Seratus.id


Depresi lebih berbahaya dari tekanan. Akibat keterlaluan ia boleh membawa maut atau hilang akal.

Baru-baru ni kita digemparkan dengan berita kematian penyanyi  korea, Jonghyun SHINee. Mendiang dikatakan mengalami depresi sehingga mengambil tindakan untuk bunuh diri. Perkara ini menjadi cliché di negara luar. Ada sebab kenapa mereka menjadikan ‘bunuh diri’ itu sebagai salah satu medan yang mudah.

Tapi agak mendukacitakan bilamana ada dalam kalangan kita yang suka berprasangka , cakap yang bukan-bukan dll. Malah ada yang melontarkan kata-kata kesat. Kita tak tahu apa yang mereka alami, yang kita tahu hanya pandai menabur kata-kata. Mulut manusia x pernah tutup!

Manusia suka menghukum orang lain seolah-olah kita terlupa bahawa kita juga pernah melampaui batas. Siapa kita untuk menolak keinsafan dan kebaikan orang lain sedangkan kita juga seorang pendosa.Kerana Allah menutupi kelemahan dan keaiban kita maka janganlah kita membuka keaiban saudara kita yang lain. Berpesanlah dan ingatkan dengan hikmah, bukan dengan melabel dan menghukum.  Sedar diri !

Sepatutnya, kita mengambil iktibar atau pengajaran dari itu. Jika Allah memberi ujian terhadap saudara kita yang mengalami masalah sedemikian, apa yang perlu kita buat?

Sebagai Muslim, kita punya agama yang lengkap. Kita berpegang dengan sumber Al-Quran dan Sunnah. Ingatlah, kita hidup hanyalah ingin mencari keberkatan dan keredhaan Allah.  Jadi janganlah risau akan pandangan manusia, tapi risaulah akan apa pandangan Allah terhadap kita.

Semoga kita semua beroleh kebaikan bersama.InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Pantasnya Ia Pergi

Jodoh

Ketagih