Ketagih


Astaghfirullah hal 'azim, Astaghfirullah hal 'azim. Astaghfirullah hal 'azim . Terlalu banyak masa yang telah dibuang dengan menghadap gajet tersebut sehingga mengabaikan tanggungjawab dan kewajiban kita yang sebenar. Allah S.W.T telah bersumpah dalam Surah Al-`Asr, ayat  1-3:

Maksudnya:

“Demi Masa!” {1} “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian” {2} “Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” 

Kepesatan dunia hari ini telah mempengaruhi dan mengubah gaya hidup, pelbagai perkembangan teknologi yang lebih canggih dengan berbagai aneka bentuk, jenama dan ciri-ciri serta perisian yang menarik didalamnya seterusnya ini akan membuat sesiapa menjadi tertarik tanpa mengira golongan. Seterusnya, secara tak diduga alat ini telah menyerang akal kita, namun tersangat sayang kita telah tunduk padanya dan telah jauh dari agama Islam yang sebenar serta jauh dari berzikir atau berdoa kepada Allah S.W.T. Justeru itu, kita telah menjadi seorang penagih yang terlampau ketagih pada alat. 

Selain itu, dari aspek kekeluargaan dan persaudaraan pula telah menjadi jarang, renggang dan  janggal kerana kini ikatan silaturrahim kita hanya melalui aplikasi di medan sosial saja seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya. Hal ini seakan-akan kita bertemu hanya bersosial di alam maya sahaja setiap hari. Kenapa kita perlu berpecah belah dan putus tali persaudaraan? Inikah cara yang dipupuk oleh agama Islam kita? Namun bukan begini tatacara bersilaturrahim dalam agama Islam. Sedarkah bahawa kita menjadi bongkak atau angkuh atau sombong dengan diri kita apabila teknologi di hujung jari kita punyai. 

Jelas sekali bahawa pengaruh alat ini amat mendalam. Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih yang begitu ketagih akan teknologi atau alat ini, jika sesaat saja gajet kita tertinggal atau terlepas dari pandangan betapa kita merasa sangat kehilangan. Mana hilangnya sikap kita yang bertanggungjawab yang rajin melaksanakan ibadah kepada Allah S.W.T. Tepuk dada, apa kata iman anda!

Mari kita sama-sama kembali kepada Allah S.W.T, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita sehingga melepaskan segala apa soal tanggungjawab kita yang sebenar. Semoga gajet yang kita miliki adalah wasilah (alat) untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan.InsyaAllah.



Photo Credit: HarakahDaily






Comments

Popular posts from this blog

Jodoh

Pantasnya Ia Pergi

Emosi: Tekanan dan Depresi