Natural Beauty


Photo Credit: thinglink.com

Hi, guys!

Uolls cantik-cantik ni pakai skincare ape? Mesti mahal-mahalkan. Apa skincare yang top menjadi pilihan ramai hari ini ye?  Cetaphil ? Clinique? Sejujurnya, perempuan ada pelbagai jenis cleansing, scrub, serum, moisturizer, toner dll. Huh, byk taw, tu baru sentuh pasal skincare belum lagi bab kosmetik. Hehe.bab kosmetik. Hehe.

I ni jenis mula-mula je ikut steps, pastu x tetap da. Kadang malas, kadang sibuk tu la ! Haha. Kita perempuan ni, selain menjaga aspek penjagaan wajah. Untuk mengekalkan keseimbangan yang betul, kenalah rajin juga bersenam, senam ringkas pn da memadai, xdapat selalu, sekali semnggu xpe, dan yang pasti jangan tidak buat langsung taw. Baru la sihat kulit kita, Hehe.


Selain tu, mental pun kena kawal, bykan minum air masak dan bykan makan maknan yang bervitamin sperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Kadang kita juga perlu ke spa, untuk relaxing time. Seterusnya, dan yang lagi afdal dengan berdzikir dan beribadah serta amalkan sunnah Nabi s.a.w.  Seri wajah tu lagi nampak taw.  Sejuk je mata memandang.

Lelaki pn  ada cara penjagaan dorang taw. Insecure x, dorang lagi cantik dari kita? Hehe. Uolls perasan x, lelaki sekarang even da berusia pun seakan remaja taw, nampak muda aje. Nak taw x sbb apa, lelaki x beremosi mcm mana kita. Hehe. Tu pun salah satu faktor taw. 





Photo Credit: Healy Eats Real


I guna homemade je, D.I.Y gitu. Hehe. Ada sorang founder ni, 13 tahun dia guna homemade. Alhamdulillah rezeki dia, dia keluarkan produk homemade nye. Memang natural, korean style dan free chemical taw. I pun guna juga produknya dan x cari da, hehehe. Alhamdulillah, memang best! Moga makin berkembang bisnes akak homemade tu taw. Amin.

Hari ini, terdapat banyak lambakan produk kosmetik dan skincare d pasaran. Ini menjadi satu tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk berhati-hati daalam memilihnya yang mana ori dan palsu. Jauhi yang ada unsur kimia/merkuri taw! Jangan hanya membeli tapi suatu masa akan menjadi bahana buat kita.

Ia menjadi fitrah seorang individu untuk kelihatan cantik dan menarik pada pandangan mata manusia. Ada yang  sanggup menghabisan duit beribu ribu ringgit untuk itu. Jangan sebab ketaksuban itu kita mengetepikan apa  larangan agama. Firman Allah dalam surat At-Tin 95:4 :

Maksudnya:


 “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan kelengkapan sesuai dengan keadaannya).”


Selain itu, jangan sesekali kita mengambil mudah dan ringan dengan iklan-iklan yang disampaikan dalam pelbagai bentuk saluran media massa barangkali ia hanya kata-kata kosong sahaja yang hanya menjanjikan keberkesanan produk mereka secara drastik dan berlebih-lebihan selalunya hanyalah indah khabar dari rupa.


Akhir kata, kita hendaklah sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan produk-produk tersebut yang menjanjikan kesan yang pantas atau menunjukkan kesan dalam jangka masa singkat kerana berkemungkinan produk-produk itu telah dicampur atau palsu dengan bahan-bahan yang tercemar dan terlarang. 

Jangan kerana kegilaan itu kita merana seumur hidup.

Love yourself.





Comments

Popular posts from this blog

Jodoh

Pantasnya Ia Pergi

Emosi: Tekanan dan Depresi