Jodoh

Photo Credit: Eyra The Designer

Lelaki/Suami. 
Idaman setiap wanita/isteri sebagai teman hidup.

Pelbagai ciri-ciri idaman yang disenaraikan. Nak perwatakan macam ni la, nak macam tu la. Tapi awak kena sedar diri, kenal dulu diri awak sendiri.

Kita memang ada hak untuk bercinta dengan sesiapa yang kita suka dan untuk setia dengan orang yang kita sayang. Kita merancang dan Allah yang menentukan. 

Kadang kita berharap sangat yang dia jodoh kita, tapi sebaliknya. Ramai yang sanggup berkorban apa saja untuk pastikan dia adalah jodoh kita sampai lupa atau abai apa yang sepatutnya.

Kita kena ingat bahawa cinta sejati adalah cinta yang berlandaskan cinta semata-mata kerana Allah. Dia yang beri perasaan cinta itu. Usah risau,Jodoh kita Allah telah tentukan, cuma kita tidak tahu siapa,di mana dan bila. Ia rahsiaNya. Tapi berapa ramai yang yakin dengan jodohNya.

Berdoalah moga kita dipertemukan dengan pasangan yang baik-baik dan yang penting dia akan membimbing kita hingga ke jannah.

InsyaAllah. 






Comments

  1. Wuuu. Ganas eh time skola. Takutnyaaaa. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pantasnya Ia Pergi

Emosi: Tekanan dan Depresi