UNIK


U:yoU

N:aNd

I:I

K:Kahwin


Eh! Hehe.

Perempuan itu unik kan. Ya memang unik. Ciptaan dari Si Pencipta itu sememangnya unik. 

Sebagaimana firman Allah di dalam Al-Qur'an 
Surah An-Nisaa' Ayat 1: 

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu". 


Terciptanya Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S  sebagai teman penghilang kesunyian dan kesepian. Agak-agak  kenapa diciptakan dari tulang rusuk ? Mesti de sebabnya kan.  Jika kita lihat kedudukan tulang rusuk adalah berdekatan dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dicintai. 

Jadi buat si jejaka tampan idaman perempuan, jika anda seorang yang berjiwa lelaki hargailah perempuan yang sangat rapat dengan anda iaitu ibu, kakak, adik perempuan, nenek, anak perempuan,saudara perempuan, isteri dll. Jika hilangnya mereka xkan sama pada mana-mana perempuan lain untuk menggantikan mereka. 



Aku wanita aku kaum hawa,
Yang memang rapuh hatinya,
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia….
( Lirik lagu wanita , dinyanyikan oleh Dato’ Siti )



Photo Credit: Tumblr

Berbalik pada keistimewaan perempuan dari aspek perwatakan pula. Perempuan ni suka pada 6 perkara cermin, camera, shopping mall, makanan, pantai dan baby. Lelaki kena faham mengapa 6 perkara tersebut memang bff perempuan.  Ini amat penting bagi perempuan juga untuk menguji tahap kesabaran seorang lelaki. I ada terbaca satu statement ni, ‘tipulah seseorang perempuan itu jika ingin memilih teman hidup, dia tidak memandang rupa, sedangkan ingin memilih kasut pun memakan masa berjam-jam andai tidak berkenan’. Bagi aku nonsense la! Sebab barangan dan manusia itu berbeza. Ye la barangan bila sudah lusuh boleh di beli baru, tapi manusia lagi2 sebagai teman hidup dan mati itu perlu diteliti sedalamnya  dan sukar untuk dicari ganti. 

Selain itu, perempuan akan cepat moody, sensitive dll, ini kerana perempuan  memiliki ‘4 seasons in a month ‘, suka bermain dengan perasaan, sllu berfikiran yang bukan-bukan dll. Rumitnye kan!Lelaki, time la kamu diuji tahap kesabaranmu, jangan biarkan dirimu dikuasi oleh keegoanmu. 

Siapa sangka, seganas mana pun karakter perempuan itu , tapi bila mana hatinya tersentuh dengan kata-kata atau perbuatan seseorang yang dia sayang, air mata kecomelannya  tetap akan tewas dalam dirinya. Hati perempuan ni lembut duhai si putera. Bahkan dia juga seorang yang romantis, manja dan penyayang. 

Seterusnya, perempuan suka akan sesuatu itu lagi detail, no hal la jika seorang perempuan itu dianggap skema atau nerd kan, tapi sukar diteka bagi lelaki untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh seorang perempuan itu , ye la xnk berterus terang dan suka pendam. 

I sungguh hormat, jika seorang pria itu menegur si floria tentang aurahnya, adabnya dll. Bagusnya lelaki macam ni yang boleh tegur kearah kebaikan lagi-lagi bab agama. I pernah berada dalam situasi sedemikian, tapi x citer disini ye.

Moga diri ini tetap pendirian dan istiqamah untuk menjadi lebih baik dan matang sewajar dengan peningkatan usia ini. Terima kasih sayang dariku buatmu. Alhamdulillah. Jadi kesimpulannya, jaga la maruah diri, perbaiki mana yang mesti diperelokkan lagi dari sekarang, moga generasi yang bakal kamu lahirkan menjadi seorang yang baik peribadinya.

Amin ya Rabb.



Segala apa yang Tuhan cipta pasti indah,
Sebagaimana Tuhan ciptakan kau dan aku,
Indah di mata manusia dan moga indah di mata Tuhan,
Tuhan rancang yang indah-indah juga untuk kau dan aku,
Dan aku percaya satu yang indah itu lambat prosesnya ,
Perlukan persiapan rapi dari segi mental dan fizikal,
Perlu juga sesuatu yang namanya sabar,
Aku dan kau tahu orang yang sabar itu baik,
Lantas orang yang baik untuk orang yang baik kan,
Indah pasti milik kita,


InsyaAllah.



Photo Credit: sofianaindraswari.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jodoh

Pantasnya Ia Pergi