Puisi


Apa itu puisi?


Puisi merupakan karangan yg berbentuk sajak (syair, pantun, dll); berpuisi mengarang puisi, menyatakan se­suatu dlm bentuk puisi; mempuisikan melahirkan (menyampaikan, menyatakan) sesuatu dlm bentuk puisi: pelbagai kisah yg dipuisikan itu boleh menghiburkan hati selepas berpenat lelah di sawah ladang; kepuisian berkaitan dgn puisi, yg menunjuk­kan ciri-ciri dlm puisi: pembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat dirasai oleh pembaca; perpuisian segala-gala yg berkaitan dgn puisi: kita di Malaysia telah lama berusaha membentuk suatu tradisi ~ yg kuat; sejarah ~ Melayu; pemuisi orang yg mencipta (mengarang, me­nulis atau mendeklamasikan) puisi, penyajak. 


Sumber: (Kamus Dewan Edisi Keempat)



I cuba untuk menulis puisi, tapi tak tahu la betul ke x?

Aku punya hati,
Kau juga punya hati,
Kita sama-sama punya hati,
Jadi apakah sama hati kau dengan aku,
Jauh sekali sama kerana jasad yang berbeza,
Cuma aku harap sebelum kau mahu jaga hati aku atau manusia lain,
Kau jaga hati kau dulu,
Mudahkan!
Moga Tuhan pelihara.


Kau gembira sakitkan hati mereka yang kau sayangi,
Kau lupa bahawa kata-kata dari Tuhan yang begitu jelas,
Suatu saat kau akan merasai hukuman yang telah engkau lakukan,
Suatu saat itu juga penyesalan sudah basi,
Kau harus terima dengan hati yang tulus,
Jadi hati-hati fikir dulu sebelum punah.


Jangan cuba kau memetik bunga sesuka hati,
Jika kau hanya ingin buat main,
Jika kau punya niat lain,
Jenis apakah kau ini !
Punya hati dan akal tapi x berfungsi.


Kata-kata manis umpama gula-gula kapas bila dibiar di atas meja tanpa alas,
Semut berlumba-lumba untuk mendapatnya,
Jadi, dunia kini manusia perlu berhati-hati.


Setiap pertemuan tanpa diduga itu banyak kemungkinan,
Barangkali ia satu kegembiraan,
Buat dunia kau kembali riang,
Atau barangkali juga adalah satu ujian,
Jadi tabah dan sabar untuk hati,
Ayuh sahut!


Kahwin,
Sila tenang dan sabar,
Tak perlu terburu-buru,
Jika dia terbaik buat kau,
In sya Allah tak ke mana.


Manusia pelbagai watak,
Ada yang bersikap senonoh dan tidak,
Jadi mata yang melihat hati yang menilai,
Awas!


Kau sendirian,
Kau keseorangan,
Kau kesepian,
Tuhan ada setiap masa buat kau,
Ngadulah padaNya.


Bilamana hati tiba-tiba dalam kerinduan,
Sedarlah bahawa Tuhan telah menyampaikannya pada hatimu  ada manusia merinduimu,
Sungguh kau beruntung,
Dikelilingi oleh mereka yang menyayangimu.


Masa makin hari makin pantas pergi,
Sedarkah kau,
Dunia makin tua,
Hal Akhirat jangan kau lengahkan apabila nafsu hal dunia kau lebihkan.





Comments

Popular posts from this blog

Jodoh

UNIK

Pantasnya Ia Pergi