Hipster

PPhoto Credit: YouTube


Hipster dari segi apakah yang 'makin tenat' sekarang ni? Semestinya dari sudut fesyen dan cinta. Berkenaan dengan fesyen, terdapat pelbagai jenis design dan pattern. Rambang mata sungguh! Lagi runcing bila waktu ingin memilih sesuatu pakaian tu, makan masa berjam-jam kot. Haihhh,dunia belaka! Perasankah kau bahawa rekaan pakaian sekarang ni makin pelik. Betul cakap memang pelik! Semua rekaan yang ada pada masa ni, adalah rekaan yang terdahulu, cumanya di tambah aksesori atau perhiasan tambahan atau diubah bagi tampak lagi moden. Lagi dahsyat baju melayu, pakaian tradisional orang Melayu juga dihipsterkan, kata nak mengekalkan tradisi, mana ! mana ! mana ! makin hodoh adalah. Bukan itu saja, tudung atau hijab juga. 

Haihhh makan masa juga jika pergi shopping, nak2 kalau yang x berkenan di hati. Islam tidak melarang seseorang itu untuk berhias atau kelihatan cantik dan segak, tapi kita sebagai umat Islam hendaklah ingat bahawa kita mempunyai adab berpakaian dan penampilan . Jadi biarlah cara berpakaian kita itu mengikut garis panduan yang telah Islam tetapkan. 


Beralih pula kepada hipster soal cinta. Engko ingat cinta tak hipster ke? Novel cinta la paling laku di pasaran kan. Popalehweh! hok tu lagi la. Zaman sekarang , mereka yang bercinta suka menunjuk atau meluahkan  kemesraan di laman sosial tanpa segan silu. Pe motif ya? Untuk menceritakan pada sejagat dunia bahawa engko la pasangan paling romantis ke , ke macam mana?  Itu berkenaan dengan kemesraan, kalau kesedihan atau kekecewaan adakah dimuntahkan  pada tempat yang sama atau ditelan saja. Jangan terlalu untuk menunjuk ke arah itu, lagi dicemuh adalah. Andai da suka sama suka bawalah ke arah yang lebih elok. Jangan berbuat sesuatu perkara itu diluar tindakan kita, fikir sebaik-baiknya.

Akhlak mencerminkan peribadi kita. Jom ubah ke arah baik!

Comments

Popular posts from this blog

Jodoh

UNIK

Pantasnya Ia Pergi