Bah: Banjir


Apakah kejadian pada tarikh 26 Disember 2014 bakal berulang kembali? Sejujurnya apabila bencana banjir berlaku aku tiada pada kejadian jadi aku tidak tahu dan merasai sendiri suasana sebenar bagaimana seorang mangsa banjir itu hadapi saat itu. Kadang hanya dengan mendengar cerita dari saudara mara terdekat dan  orang awam. Kadang hanya membaca di medan akhbar. Justeru itu, aku dapat bayang suasana sukar mereka itu dalam menghadapinya dimana dengan anak kecil, barang-barangan dan harta benda dan sebagainya. Ini merupakan ujian dariNya , kita sebagai hamba sementara di atas muka bumi ini harus redha kerna dengan ini ia dapat mengingatkan kita kepada Pencipta Alam setelah lalai dengan kehidupan kita.


Nenek aku pernah berkata bahawa kejadian banjir pada tahun 2014, ,merupakan kejadian kedua terbesar selepas tahun 19** ( lupa tahun bila . Kawasan rumah nenek ni dikira kawasan tinggi juga tapi disebabkan depan kebun ada kawasan berpaya maka air akan mudah naik, ia juga bergantung pada kondisi air Sungai Pahang yang mana air dari kawasan hulu akan melimpah atau terbawa ke sungai dan terus dibawa ke kawasan kawasan berpaya, longkang dan lain-lain. 

Moga awal tahun 2017 ini, bencana banjir tidak berulang lagi. Dan moga negeri-negeri yang terlibat dengan banjir ini bakal pulih dari terjejas seperti sediakala. Dan awasi gerak geri anda dan orang tersayang sepanjang bencana ini, moga tiada apa-apa yang berlaku.

Amin Ya Rabb.


Photo Credit: Ahmad Junaidi Kasmi

Comments

Popular posts from this blog

Jodoh

Pantasnya Ia Pergi

Emosi: Tekanan dan Depresi