Teman Hidup

Assalamualaikum, guys. Alhamdulillah dengan nikmat kurnianNya bersua kita lagi pada hari ini. Setelah sekian lama tidak menulis di blog ini apatah melawatnya. Moga kalian berada dalam keadaan baik, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik olehNya. So , hari ini I akan menulis soal ‘teman hidup’.

Ye la kan, bila umur sudah meningkat, bila fikiran ‘agak’ matang even masih kebudakkan lagi, pasti terselit untuk mencari teman hidup iaitu pasangan hidup tempat dimana kita bergaduh manja, bermanja-manja dan berkongsi cerita.  Namun , kita hendaklah mencari yang menentukan itu adalah Sang Pencipta kerna Dia tahu siapa pasangan hidup yang sesuai buat kita. Jika sudah jumpa, tahniah anda insan merupakan insan yang terpilih !

Ada orang berkawan terlalu lama, dari zaman sekolah lagi, tapi akhirnya x bersama, ada orang kenal beberapa hari , tapi akhirnya bersatu , ada orang x kenal pun, tapi akhirnya bersama, ada orang suka pada seseorang tapi akhirnya patah hati dan sebaliknya. Setiap orang perjalanan hidup mereka adalah berbeza dan kalau sama pun pasti ada sedikit kelainan.

Dari aspek lain, sikap suka memilih ini juga perlu diketepikan, jika anda mahu yang hensem yang lawa dari segi fizikal tapi anda sendiri tak cermin diri anda, jangan mimpi kerna barangkali pasangan yang anda puja dan puji itu turut suka memilih. Hari ini apa yang ak perhatikan si suami xde la hensem atau si isteri xde la lawa mana, tapi dapat pasangan akan contra, dia hensem bini dia boleh la, dia cantik laki dia boleh la. See tengok rumah tangga bahagia kot !

Jika pasangan anda sebelum ni telah berpasangan , it means bercinta dengan orang lain tapi putus, then bercinta dengan awak, berhati-hatilah kot belakang kamu dia masih contact bekas-bekasnya, hahaha, ini dikira mengutip sisa yang lama. Btw, yang kamu ( perempuan/lelaki)  jangan la terlalu beri hati sepenuhnya, sebelum bercinta selidik dulu kisah dia jika tidak mahu dikecewakan. Awas!

Ada orang terlalu yakin bahawa dia adalah milik atau pasangannya suatu hari nanti, tanpa segan silu terlalu show off di media social. Toksoh la berbuat demikian guys! Bahagia kau hari ni dengan terlalu taksub duk menunjuk begitu, nescaya one day kamu akan ‘sakit’.

Ada orang suka dan menyerah soal pasangan hidup mereka kepada ibu bapa mereka. Biar mereka menentukan pasangan hidup yang terbaik buat anak-anak mereka. Tapiii….. Bukan mereka yang mahu berpasangan lagi, mau tak dihayun kapak oleh ibu atau bapa, hahaha…. Ye la redha mereka dalam memilih itu sememangnya pilihan yang terbaik buat semua. Namun ada segelintir dari mereka , lagi suka andai anak-anak mereka mencari sendiri , mereka tidak mahu dianggap terlalu control dan ikat . Jika dia sesuai dengan anda apa lagi bawalah berjumpa dengan keluarga anda !

Sebelum itu, untuk mencari pasangan hidup hingga akhir hayat, kita hendaklah mengenal hati budi terlebih dahulu, jangan terlalu berharap dan memberi 100% hati anda jika anda tidak mahu dikecewakan, jangan terlalu sayang dan mengambil hati , berat jika anda tidak mahu dikecewakan.

Dan harus ingat untuk mengahwini atau berpasangan hidup, anda harus berfikir secara terbuka dan keterdepan dan matang serta tidak main-main. Ianya harus serious! Doa yang baik-baik. InsyaAlllah.


Photo Credit: rubicon.com

Comments

Popular posts from this blog

Jodoh

Pantasnya Ia Pergi

Emosi: Tekanan dan Depresi